Hajiji, Musa Aman santuni majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan
00:04 Apr 16, 2026  |  By SabahKini2
Hajiji, Musa Aman santuni majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan

Ketibaan Hajiji disusuli keberangkatan tiba Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di sini, hari ini.

Ketibaan Hajiji disusuli keberangkatan tiba Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah itu menghimpunkan kepimpinan tertinggi negeri dan Persekutuan, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya serta Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab, selain barisan menteri Kabinet negeri.

Dalam majlis sama, Musa bersama isteri turut menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu di Beringgis.

Acara kemudian diteruskan dengan upacara memotong kek sempena sambutan ulang tahun kelahiran beliau dalam suasana penuh sederhana namun bermakna.

Comment