Hajiji hadir Royal Mess Night sempena ulang tahun ke-75 TYT Musa Aman
00:04 Apr 16, 2026  |  By SabahKini2
Hajiji hadir Royal Mess Night sempena ulang tahun ke-75 TYT Musa Aman

Hajiji tiba bersama isterinya, Datin Seri Juliah Salag, kira-kira jam 7.45 malam, diikuti ketibaan Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin. Mereka kemudian menyertai sesi bergambar rasmi sebelum diiringi ke meja utama.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menghadiri majlis ‘Royal Mess Night’ sempena sambutan ulang tahun kelahiran rasmi ke-75 Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini, malam tadi.

Hajiji tiba bersama isterinya, Datin Seri Juliah Salag, kira-kira jam 7.45 malam, diikuti ketibaan Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin. Mereka kemudian menyertai sesi bergambar rasmi sebelum diiringi ke meja utama.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan lagu negeri, Sabah Tanah Airku.

Antara acara yang mencuri tumpuan ialah perarakan panji-panji Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke dalam dewan, diikuti upacara tradisi minum ucap selamat sebagai simbol taat setia dan penghormatan.

Tiga sesi “toast” diadakan, masing-masing bagi Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri, serta pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan negara.

Majlis turut diserikan dengan upacara memotong kek, penyampaian cenderahati, serta persembahan hiburan oleh Kombo PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Comment