Musa Aman, Hajiji hadir majlis berbuka puasa DBKK
22:03 Mar 03, 2026  |  By SabahKini2
Musa Aman, Hajiji hadir majlis berbuka puasa DBKK

Yang Dipertua Negeri Sabah itu tiba bersama isterinya, Toh Puan Faridah Tussin, dan disambut pengurusan tertinggi DBKK serta pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan.

KOTA KINABALU: Musa Aman menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini, semalam.

Yang Dipertua Negeri Sabah itu tiba bersama isterinya, Toh Puan Faridah Tussin, dan disambut pengurusan tertinggi DBKK serta pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Nizam Abu Bakar Titingan; pembantu-pembantu menteri serta Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada anak yatim, golongan asnaf dan masjid sempena Ramadan, diikuti tazkirah serta bacaan doa.

Para tetamu kemudian berbuka puasa bersama sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah, diikuti jamuan makan malam.

Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih sebelum diakhiri dengan moreh.

Comment