Isu MCMC: Murray Hunter tunduk, buat permohonan maaf terbuka
01:01 Jan 14, 2026  |  By SabahKini2
Isu MCMC: Murray Hunter tunduk, buat permohonan maaf terbuka

Beliau turut melahirkan kekesalan sekiranya penerbitan tersebut menjejaskan reputasi MCMC atau individu terlibat, selain mengesahkan semua kenyataan dan artikel berkenaan telah ditarik balik sepenuhnya.

KUALA LUMPUR: Penulis dan penganalisis politik, Murray Hunter, mengemukakan permohonan maaf terbuka serta menarik balik sepenuhnya beberapa artikel dan kenyataan terdahulu berkaitan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut dokumen Public Apology and Retraction bertarikh 13 Januari 2026, Hunter mengakui bahawa kandungan yang diterbitkan melalui platform seperti Substack, Eurasia Review dan akaun X miliknya berkemungkinan tidak tepat, mengelirukan serta boleh menimbulkan salah faham terhadap MCMC dan pihak berkaitan.

Beliau turut melahirkan kekesalan sekiranya penerbitan tersebut menjejaskan reputasi MCMC atau individu terlibat, selain mengesahkan semua kenyataan dan artikel berkenaan telah ditarik balik sepenuhnya.

Dokumen itu menyenaraikan beberapa artikel yang diterbitkan antara April hingga November 2024, termasuk tulisan berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan kritikan terhadap peranan MCMC, yang kini dianggap sebahagian daripada penyelesaian undang-undang.

Permohonan maaf itu dibuat susulan perjanjian penyelesaian dalam tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Malaya serta prosiding berkaitan di Thailand.

Hunter menegaskan tindakan tersebut diambil bagi mematuhi terma penyelesaian yang dipersetujui bersama pihak berkuasa.

Comment