[VIDEO] Shafie Apdal Hina Kaum Murut Sebagai “Kafir”! – Politik Mulut Longkang Warisan Berulang Lagi
09:09 Sep 09, 2025  |  By SabahKini2
[VIDEO] Shafie Apdal Hina Kaum Murut Sebagai “Kafir”! – Politik Mulut Longkang Warisan Berulang Lagi

Dulu kata Satu ekor Cina kini Murut Kafir! Bukan baru Shafie Apdal menghina kaum lain. Di depan bangsa Sempornarian dia bangga beri jawatan dan projek. Dengan kaum KDMR dia pandang rendah. Itulah apa yang ada dihati Shafie Apdal.

 

TENOM: Politik desperado Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sekali lagi tercemar dengan skandal kata-kata penghinaan terhadap kaum di Sabah. Tular satu video ucapan ceramah beliau di DUN Melalap di mana Shafie dengan angkuhnya menyebut bahawa “Murut itu kafir”.

Ucapan itu segera mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan dan laporan polis terhadap Shafie telahpun dibuat atas penghinaan berbaur perkauman serta mencemar keharmonian Sabah.

PMMS Tampil Bantah – Tuntut Shafie Mohon Maaf

Persatuan Masyarakat Murut Sipitang (PMMS) dalam kenyataan rasmi menzahirkan rasa kesal dan marah terhadap kenyataan Shafie. PMMS menyifatkan istilah “Murut kafir” sebagai penghinaan besar yang menyinggung perasaan masyarakat Murut serta mencemarkan maruah dan identiti kaum tersebut.

“Istilah kafir tidak sepatutnya digunakan terhadap sesuatu bangsa. Ia membawa unsur penghinaan, menimbulkan salah faham serta mengancam keharmonian antara kaum di Sabah,” tegas PMMS.

Persatuan itu menuntut agar Shafie segera membuat permohonan maaf terbuka kepada seluruh masyarakat Murut, selain mengingatkan semua pemimpin politik supaya berhati-hati daripada menyentuh isu sensitif yang boleh mencetuskan perpecahan.

UPKO Tenom: Shafie Tidak Sensitif, Ulangi Sikap Hina Kaum

Ketua Bahagian UPKO Tenom, Junik Bajik turut mengecam keras ucapan Shafie. Menurutnya, alasan Shafie konon “tersasul” tidak boleh diterima kerana ia menyentuh sensitiviti kaum.

“Ini bukan kali pertama. Sebelum ini Shafie pernah hina kaum Cina dengan kenyataan ‘tiada satu ekor Cina dalam kabinet’. Kini kaum Murut pula dilabel sebagai kafir,” katanya.

Junik menegaskan bahawa ucapan Shafie jelas menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap kepelbagaian masyarakat Sabah, sekali gus boleh menggugat perpaduan.

Politik Shafie: Dari ‘Ekor’ ke ‘Kafir’

Skandal Shafie menghina kaum bukan perkara baharu. Pada November 2022, beliau mencetuskan kontroversi apabila menyebut “satu ekor Cina” dalam ucapannya, yang kemudian tular sehingga memaksa beliau memohon maaf secara terbuka.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Shafie Warisan hina bangsa cina anggap binatang 'Satu Ekor Cina'

Kini, ucapan “Murut kafir” sekali lagi mengesahkan wajah sebenar Shafie yang gemar merendahkan kaum lain apabila tidak berada di kawasan bangsanya.

Apabila berucap di kawasan Bajau Laut/Suluk, Shafie sering berbangga menceritakan bangsanya dimajukan, diberi jawatan dan projek. Namun, apabila berada di kawasan lain, beliau tidak segan menghina kaum tempatan lain demi meraih sokongan politik murahan.

Hakikatnya, rakyat sudah tahu Shafie Apdal berpegang pada gaya kepimpinan “Sempornarian first”. Ketika berkuasa 26 bulan sebagai Ketua Menteri, beliau melantik ramai dari kalangan keluarga, saudara-mara dan orang Semporna untuk menguasai jabatan, agensi dan GLC.

ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa?

 

 

Rakyat Sabah Mesti Menolak POLITIK EKOR & POLITIK KAFIR

Kenyataan-kenyataan Shafie ini mencerminkan sikap sebenar seorang bekas Ketua Menteri dan bekas menteri persekutuan. Dari dulu lagi, beliau mengamalkan “Politik Ekor”, kini beralih ke “Politik Kafir” – politik longkang yang memecahbelahkan masyarakat demi kepentingan peribadi.

Persoalan besar kini – adakah kita mahu terus menyokong pemimpin yang melabelkan kaum lain sebagai binatang atau kafir? PRN17 akan menjadi penentu sama ada rakyat Sabah rela diperkotak-katikkan atau bangkit menolak politik kotor sebegini.

Sabah mesti bersatu, menolak politik penghinaan dan menguburkan Warisan bersama Shafie Apdal dalam lipatan sejarah

26 Comments